Tahun 2023.
Saya memulakan kembara ke bumi Kaherah Mesir selepas kali terakhir menjejakkan kaki pada Jun 2016. Takdirnya, satu program Seminar Penyelidikan dan Penerbitan Peringkat Antarabangsa dan Pelancaran Buku terbitan Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) diadakan.
Maka pada akhir bulan Januari 2023, kami bersama-sama dua puluh dua orang yang lain bertamu ke bumi bertuah tersebut.
Bulan Mac 2023.
Saya diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah buat sekian kalinya. Kali ini bersama Insaff Travel& Tours yang membantu untuk pengurusan serta diminta untuk mengetuai rombongan ke sana.
Bulan April 2023.
Saya diberi peluang melawat Bali, Indonesia. Syawal ketiga hingga ketujuh saya berkelana ke sana.
Nusa Dua, Ubud, Nusa Penida menjadi tempat lawatan penting yang diuruskan oleh syarikat pelancongan Alfian Travel.
Dua hari lagi, Mei bakal bertamu.
Ke mana kita sererusnya....


Comments
Post a Comment